Refleksi Set induksi


REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO (SET INDUKSI)
(Sila rujuk : http://youtu.be/0HLRmCLtINE)



PENGENALAN
Refleksi merupakan salah satu langkah yang sangat penting yang perlu dilakukan guru setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan kendiri dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran seseorang guru. Refleksi kendiri menitikberatkan penerokaan ‘domain affective’ (emosional mind), spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari. Proses refleksi perlu dilakukan sebaik sahaja sesuatu pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi dalam buku persediaan.
Kepentingan refleksi :
•         Guru dapat mengenal pasti setiap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran.
•         Guru dapat mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
•         Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan
•         Guru seharusnya menjadikan refleksi sebagai budaya kerja professional keguruan.
•         Guru juga perlu menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.
Refleksi boleh dilakukan dengan cara guru menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan. Di samping itu guru perlu memikirkan sama ada pembelajaran telah berlaku atau berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin ke atas pelajar. Guru juga haruslah memastikan dan menilai semula sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah dapat dicapai. Bahkan dalam melakukan proses refleksi, guru hendaklah meneliti maklum balas mengenai pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat, guru atau pensyarah pembimbing. Selain itu, guru perlu menganalisis maklumat dan menilai kualiti pengajaran dan pembelajarannya. Justeru itu, guru bolehlah merancang, mengambil langkah susulan dan membuat keputusan bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

Untuk melaksanakan  Subjek  KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2, persiapan  pengajaran mikro tersebut saya   memilih set induksi  yang bersesuian  dengan tajuk yang dipilih. tugasan pengajaran mikro tersebut. Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran mikro Bahasa Melayu – yang bertajuk  “Mari Bertani” tahun 3 . Hasil  yang telah ditemui , saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
KELEMAHAN
Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati tempoh masa yang diambil  tidak bertepatan dengan  masa yang diuntukkan seperti yang dirancang . Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima minit . Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran, saya perlu bijak menguruskan masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Selain itu, saya juga  sepatutnya  menyatakan  subjek yang hendak dipelajari pada  hari itu.Namun demikian  saya harus memastikan supaya perkara ini tidak berulang sekali lagi. t. Sebagai tindakan susulan saya haruslah menyediakan bahan bantu mengajar terutamanya gambar yang lebih jelas agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.
Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar yang terlalu banyak juga boleh mengganggu kelancaran pelaksanaan set induksi sehingga menjejaskan pengurusan masa yang ditetapkan. Justeru itu, saya seharusnya menggunakan bahan yang bersesuaian dan tidak terlalu banyak agar masa dapat dihadkan dan menjadikan pelaksanaan set induksi lebih lancar. Kelemahan para pelajar dalam mengingati pelajaran lepas yang telah dipelajari juga mengganggu kelancaran set induksi. Oleh yang demikian, saya terpaksa membantu pelajar agar lebih mengingati pelajaran lepas dengan tepat. Sebagai memperbaiki mutu pengajaran, saya hendaklah lebih menilai keberkesanan pencapaian objektif pelajaran yang hendak dicapai.
Kawalan kelas dirasakan agak kurang  Hal ini mungkin berlaku kerana para pelajar agak terganggu dengan rakaman yang dibuat  dan mereka asyik member tumpuan kepada  rakan saya yang mengendalikan  kamera yang berada dibahagian belakang murid.Ada kalanya murid tidak member tumpuan dengan membuat aktiviti yang tidak berkaitan dengan PdP ,antaranya seperti murid bermain-main dengan bekas pensil,menggangu  rakan disebelah  juga ada diantaranya tidur .perkara ini mungkin kerana mereka tidak memahami apa yang saya terangkan dihadapan.kurang menguasai pelajaran yang lepas. Suasana kelas kedengaran sedikit bising kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran.    Juga  Kelemahan  semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah bahan bantu mengajar iaitu gambar  kurang jelas serta  kad yang mengandungi soalan latihan dalam kumpulan kurang menarik dan kurang kandungan dari segi bilangan soalan.  Bilangan soalan untuk kerja kumpulan sepatutnya diberi lebih kerana mereka akan menyelesaikan soalan secara kumpulan tetapi saya beri hanya satu soalan kerana pengisian pengajaran yang dibuat hanya untuk tempuh tiga puluh minit



KEKUATAN
Disebalik kelemahan yang ada ,beberapa kekuatan  yang terbukti membantu pengajaran saya  agak berjaya  iaitu  kekuatan kepada set induksi yang dijalankan, penggunaan gambar bersiri dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis. Selain itu, gambar yang ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Namun demikian, saya boleh menambahkan lagi daya tarikan. Selain itu , saya menggunakan  lagu kanak-kanak yang sesuai dan mudah untuk nyanyian murid.  lagu “Pak Mamat “ telah menarik minat murid yang member I maklum balas yang cukup memberangsangkan ,tambahan pula murid yang di ajar adalah murid tahun tiga.Murid-murid seperti ini biasanya suka dengan lagu-lagu kanak-kanak yang mudah difahami dan dihafal.
Penggunaan gambar  sebagai bahan bantu pengajaran juga  membantu pelajar memberikan jawapan atau maklum balas yang  tepat. Selain itu, murid-murid juga agak aktif memberikan respon atau maklum balas kepada soalan guru.Murid member respon yang baik  .  pengajaran yang berpusat kepada  murid-murid  membuata mereka lebih aktif dan berani dengan pendekatan  berpusatkan murid dan teknik penyoalan yang lebih baik. Selain memanggil nama murid dan memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh merangsang minat dan penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka.Mereka sentiasa diberi peluang untuk memberi jawapan dan pandangan.Reaksi murid ketika memberi jawapan menunjukkan mereka faham dan tahu  apa yang dipelajari pada hari itu. Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif  yang diharapkan kerana semua soalan yang diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja latihan bertulis secara individu yang telah diberi.  Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati semua orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tiga  dari lima soalan yang diberi.

KESIMPULAN

Melalui refleksi yang dibuat, saya dapat menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro. Di samping itu, saya juga dapat memperbaiki setiap kelemahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang dirancang akan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment