Kajian Tindakan


KAJIAN TINDAKAN

KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnyamenentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber  pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.
Kaedah ini boleh menyebabkan   kreativiti dapat memperkembangkan pelajar agar pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan murid, murid dengan murid dalam aktiviti berkumpulan yang memerlukan murid mencari maklumat tambahan amat sesuai digunakan  tidak kesampaian antara guru dan murid menyebabkan kesilapan tanggapan dan persepsi. Selain itu, aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran secara kritis dan kreatif.

Guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang dijalankan. Pembelajaran berpusatkan murid menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuari penemuan Guru juga bertindak dengan memberi sedikit kebebasan kepada murid dalam mencari penyelesaian . Strategi berpusatkan murid mempunyai kelebihan terutamanya dalam usaha memperkembangkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan..
Strategi pembelajaran ini merujuk kepada ciri istimewa seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai pendekatan .Pembalajaran berpusatkan murid akan melibatkan murid untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Definisi khas bagi pembelajaran berpusatkan pelajar ialah tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid tentang apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar  pandangan dan pendapat murid.antara cirri-cirinya ialah  Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  seterusnya Pemindahan pembelajaran berlaku juga Murid lebih kreatif disamping Naluri ingin tahu dikembangkan dan berlakunya Komunikasi dua hala yang penting ialah Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri Disiplin tidak terkawal Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong dan kepimpinan bercorak demokratik
1.2 Latar belakang Kajian
•           Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 . Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Matlamat Kajian Tindakan:
Kajian tindakan bertujuan untuk member I rangsangan  daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian Tindakan:
1)         Mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar
2)         Mencungkil daya kreativiti pelajar dalam mengeluarkan idea
3)         Bekerja dalam kumpulan.

1.5 Bentuk Soalan Kajian:
1)         Memastikan  murid membuat aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran?
2)    Respon murid  terhadap  perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan berdasarkan aktiviti berkumpulan?

1.6 Masalah dalam  kajian tindakan berpusatkan pelajar:
1.   Permasalahan utama bagi kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti strategi-strategi dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan dalam meningkatkan kefahaman mencari maklumat dari bahan bacaan.
2.   Daripada hasil kajian yang dijalankan beberapa kaedah telah dikenalpasti di mana kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman dikalangan murid.

1.7  Batasan Kajian
Antara batasan kajian yang dihadapai ialah
Permasalahan juga timbul apabila guru-guru Bahasa Melayu menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid agak sukar dan keliru dalam memahami aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru menggunakan pelbagai cara dan teknik yang baru bagi memudahkan pemahaman murid dalam subjek Bahasa Melayu.
Guru  telah menggunakan permainan bahasa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut penyelidik permainan bahasa dapat memberangsangkan minat dan mendorong  murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga bahagian di dalam permainan bahasa ini iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi

1.8 Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran tersebut:
-     Kaedah pengajaran   yang pelbagai ada unsure-unsur humor  akan dapat menimbulkan minat murid dan menghidupkan suasana di kelas melalui penglibaran aktif murid.
-     Teknik pembelajaran berkumpulan di mana dengan teknik ini murid akan melibatkan diri dalam perbincangandan ini akan membuatkan murid lebih mudah untuk mengingat dan faham.
-     Pengurusan masa yang lebih teratur supaya masa pengajaran dapat dijimatkan.

Kesimpulan
Pendekatan, kaedah pengajaran sentiuasa berubah mengikut peredaran zaman. Pendidikan merupakan medan tempat melahirkan insan-insan berkualiti tinggi, berkemahiran dan berakhlak mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan NegaraPengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan yang tiada penghujungnya..  Selaras dengan itu, isu pendidikan merupakan isu yang sentiasa dikaji dan ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap dunia.

No comments:

Post a Comment