Refleksi Pengajaran dan Pembaelajaran


Laporan Refleksi Pengajaran Makro dan Pengajaran

Pengenalan

Pengajaran makro yang dijalankan  ,berkaitan Mata pelajaran Bahasa  Malaysia  yang bertajuk Mari Bertani  ,seramai 25 orang murid terlibat untuk sessi tersebut.Pengajaran selama 30 minit  telah dijalan untuk pengajaran makro tersebut.
 Pada pengajaran makro tersebut, saya telah mengajar bahagian perbincangan berdasarkan pemerhatian dan membimbing murid untuk membuat kesimpulan pada peringkat penstrukturan semula idea, membincangkan lembaran kerja dan kepentingan-kepentingan penyejatan dalam kehidupan seharian kita di bawah peringkat aplikasi idea, dan seterusnya membuat penutup akademik dan menguji kefahaman murid untuk peringkat Refleksi. Borang-borang maklum balas telah kami edarkan kepada guru-guru pelatih untuk menilai dan memberikan komen mereka terhadap kami sepanjang kami menjalankan pengajaran makro tersebut.
Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengajaran makro ini. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro, memberikan cadangan-cadangan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah saya kemukakan, serta proses-proses dan perasaan semasa menjalankan pengajaran semula makro berdasarkan rakaman, maklum balas rakan-rakan sebaya, dan pensyarah.

KEKUATAN-KEKUATAN YANG DIKENALPASTI
Dalam sessi tersebut  , saya mampu untuk  mengurus dan mengawal bilik darjah dengan tersusun dan berkesan. Hal ini demikian kerana saya telah menggunakan pelbagai cara dan “cue” untuk mengawal keadaan dalam bilik darjah.Mungkin suara saya yang kuat  membuat kan murid akur dengan saya. Sebagai contoh, saya telah meminta murid-murid untuk mengangkat tangan sebagai tanda sudah bersedia atau sudah siap melakukan lembaran kerja. Apabila saya mendapati bahawa murid-murid mula berbual-bual semasa sendiri atau kurang memberikan fokus kepada pembelajaran, saya akan menegur murid tersebut  dan  bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan perhatian mereka. Menurut Haliza dan Joy (2009), pengurusan bilik darjah merujuk kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk mengalakkan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, dengan menggunakan cara-cara seperti ini, saya percaya bahawa keadaan murid-murid akan lebih terkawal dan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang telah kita ajar.
Selain itu, saya juga sedar bahawa saya berupaya untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala dengan murid dengan baik. Daripada pemahaman yang lepas, saya sedar bahawa komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok, 2008).Semasa mengajar, saya sering mengutarakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid kepada mereka. Semasa membincangkan lembaran kerja, saya akan berinteraksi dengan murid dan melibatkan murid dalam perbincangan dengan meminta murid-murid memberikan pendapat atau jawapan mereka, dan bertanya kepada murid-murid yang lain sama ada mereka bersetuju dengan jawapan murid tersebut.
Saya juga menggunakan Pelbagai teori, kaedah, dan teknik juga saya aplikasikan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut. Antaranya ialah teknik penyoalan, semasa saya bertanya soalan terhadap murid-murid saya. Selain itu, kaedah pembelajaran koperatif juga telah saya gunakan apabila saya meminta murid-murid berbincang untuk mendapat satu jawapan yang dipersetujui sesama mereka dalam kumpulan. Menurut Tay (2000), pembelajaran  koperatif bermaksud sekumpulan murid bekerjasama belajar dalam kumpulan kecil bagi mencapai matlamat pendidikan yang dikongsi bersama.. Saya juga mengaplikasikan teori pembelajaran behavioris, apabila saya meminta murid-murid bertepuk tangan apabila murid-murid mampu menjawab soalan dengan betul sebagai satu usaha untuk memotivasi murid-murid agar mereka terus aktif dalam pembelajaran. Situasi ini memberikan satu iktibar yang amat penting kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang berkaliber dan dedikasi, kita perlulah bijak mengaplikasikan pelbagai teori, kaedah, dan teknik semasa mengajar supaya kita dapat menyampaikan kandungan pengajaran kita dengan sempurna di samping murid-murid tidak bosan dengan pengajaran kita.
Di samping itu, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi sepanjang menjalankan pengajaran makro saya. Walaupun saya hampi 5 tahun tidak mengajar namun saya tetap bertindak seperti saya seorang guru yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut. Pada saya, keyakinan diri ini adalah amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan mencontohi tindakan gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua tugasannya. Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid membuat apa yang saya minta tanpa menimbulkan sebarang masalah disiplin.
Berdasarkan  Kefasihan dan kelancaran bahasa kadang-kadang  saya tersilap  ketika penyampaian kerana saya bercakap agak laju namun yang ada pada diri saya juga membantu saya menyempurnakan pengajaran makro pada hari tersebut.Saya masih dapat menyampaikan segala kandungan pembelajaran saya dengan lancar tanpa sebarang masalah ketidakfahaman bahasa.

Penggunaan pelbagai media bahan bantu mengajar, iaitu slaid-slaid power point dan juga video, serta lembaran kerja yang menarik yang telah saya gunakan semasa menjalankan pengajaran makro juga membolehkan murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran, menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P, dan membolehkan mereka lebih mengingati kandungan pembelajaran yang telah kita ajar. Oleh itu, BBM dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran makro yang berjaya dan berkesan.
Secara keseluruhannya, saya berusaha untuk mendapat yang terbaik  namun sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada melakukan kesilapan .Sesungguhnya saya amat gembira  kerana dapat bertemu dengan murid-murid yang  baik  dan mampu memahamai apa pengajaran saya.
KELEMAHAN-KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI
Saya dapat melaksanakan pengajaran makro saya dengan agak berjaya, tetapi saya mendapati bahawa murid-murid seakan-akan tertekan dan kurang riang semasa saya mengajar. Pada masa itu saya tertanya-tanya kepada diri sendiri: Adakah saya terlalu garang atau tegas semasa mengajar? Adakah murid-murid tidak dapat mengikuti apa yang sedang saya ajar? Selepas melihat semula proses pengajaran makro saya menerusi rakaman video, saya mendapati dan sedar bahawa rupa-rupanya unsur humor atau kecindaan semasa mengajar perlu ditekankan untuk menarik minat murid masih kurang dalam diri saya. memandangkan saya agak cemas dan gementar ketika menjalankan pengajaran makro tersebut. Keadaan ini mungkin menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa saya ialah seorang guru yang garang, kurang ramah, sukar didekati, dan tegas orangnya.
Apabila  melihat semula rakaman pengajaran makro saya, saya juga mendapati bahawa saya selalu menggunakan perkataan  “OK” dan kadang-kadang ada terkeluar perkataan “BAHASA INGGERIS ” apabila saya sedang berfikir atau semasa mengadakan interaksi dengan murid-murid. Saya sedar bahawa penggunaan perkataan-perkataan yang tidak diperlukan dengan terlalu kerap seperti ini akan mengganggu kelancaran dan proses pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. Namun, ia memerlukan satu tempoh masa yang agak panjang untuk saya berubah memandangkan ia sudah menjadi sebahagian daripada tabiat saya semasa bercakap.
Selain itu, saya kenalpasti semasa menonton semula rakaman pengajaran makro saya ialah saya seakan-akan hanya berdiri statik di sesuatu tempat sahaja dan tidak bergerak ke sana sini untuk mendekati diri dengan murid. Keadaan ini mungkin menyebabkan murid beranggapan bahawa guru ini adalah sukar untuk didekati dan hanya selesa apabila berada di tempat tersebut. Murid-murid juga akan beranggapan bahawa guru tersebut hanya akan berada di tempat itu sampai tamat kelas dan tidak akan datang ke meja mereka. Lantas mereka pun mula kurang memberikan fokus dan mula membuat kerja mereka sendiri. Walaupun saya tidak sedar bahawa saya tidak mempunyai banyak pergerakan semasa mengajar, namun, aspek ini begitu ketara dan jelas kelihatan apabila saya melihat semula pengajaran makro saya. Oleh itu, ini memberikan satu kesedaran kepada saya bahawa apabila saya mengajar kelak, saya perlu bercakap pada kadar yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid dan pastikan bahawa setiap murid faham akan apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya.
Masih terdapat banyak kelemahan yang terdapat pada diri saya semasa menjalankan pengajaran makro, seperti kurang prihatin, tulisan kecil, dan sebagainya selain daripada kelemahan yang disebutkan di atas. Kelemahan-kelemahan ini mungkin tidak begitu serius atau ketara semasa mengajar, tetapi saya percaya bahawa ia tetap akan memberikan kesan yang tidak baik pada jangka masa yang panjang. Oleh itu, saya perlulah memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dapat saya ketengahkan seperti yang disenaraikan di atas.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Hasil daripada itu u, saya juga perlulah mencuba untuk mengurangkan penggunaan istilah “OK” semasa berfikir atau semasa berinteraksi dengan murid-murid. Apabila saya berfikir panjang, bukan sahaja perkataan “OK” sahaja, malah perkataan-perkataan sepert kurang sebanyak yang mungkin. Dengan mengurangkan percakapan seperti ini, saya percaya bahawa saya akan dapat menyampaikan kandungan saya dengan lebih lancar dan ia akan lebih mempamerkan sifat profesional saya sebagai seorang guru yang mulia dan beretika.
Di samping itu, saya juga akan mencuba untuk mengawal kadar pertuturan saya agar tidak terlalu cepat atau terlalu perlahan. Seharusnya  saya boleh berhenti seketika untuk membolehkan murid-murid memikir sejenak apa yang telah saya sampaikan atau bertanya kepada murid-murid sama ada mereka faham atau dapat mengikuti pelajaran sebelum saya meneruskan topik pembelajaran yang seterusnya supaya   proses pengajaran-pembelajaran saya berjaya.
Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat merancang apakah yang hendak saya lakukan di samping menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik. Dengan membuat persediaan awal yang lebih rapi, saya dapat menjalankan rehearsal dan memastikan bahawa saya dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran saya pada masa yang telah ditetapkan dengan kadar yang maksima. 


No comments:

Post a Comment