Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN

Mata pelajaran                                            :                 Bahasa Melayu

Kelas                                                                 :                 3 Panglima

Tarikh                                                                :                 20 April 2013

Masa                                                                 :                 9.10 – 9.40 Pagi (30 minit)

Tema/tajuk                                                     :                 Mari Bertani

Subtopik                                                          :                 Alatan Berkebun.

Bilangan pelajar                                         :                 25 orang

Objektif pembelajaran                            :   Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:

      1.   Menyatakan nama empat alatan berkebun.

      2 .  Menyatakan kegunaan empat alatan berkebun.

      3.   Menbina empat ayat tunggal atau ayat majmuk menggunakan nama alatan berkebun.

Pengetahuan sedia ada        :     Murid mengetahui suasana kebun sayur.

Konsep                                      :     Kegiatan pertanian.

Alat bantu mengajar               :     Lagu Pak Mamat, Video berkebun, Slaid powerpoint, Kad imbasan, dan lembaran kerja

Nilai murni                                                      :        -        Berkerjasama dalam setiap tugasan yang diberikan

                                                                                       -        Menggunakan bahasa yang sopan dalam perbualan

                                                                                       -        Mengetahui berusaha bersungguh-sungguh akan membawa kejayaan.

Kemahiran                                                    :        1.     Menjelaskan isi pelajaran

                                                                                       2.   Membina ayat tunggal dan ayat majmuk.   




Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Aktiviti Murid

Set Induksi /mencungkil idea

( 5 minit )


Lagu Pak Mamat

 

1. Guru minta murid mendengar lagu Pak Mamat sambil menyanyikannya.

 

 

1.  Murid mendengar lagu dan menyanyi.


Teknik:

Nyanyian.

Contoh:

1.  Berikan nama tajuk lagu dan nyatakan nama sayur yang diketahui.

2. Mencungkil idea murid dengan menyoal murid  mengenai kebun sayur.

2 . Murid memberi respon terhadap soalan yang diberi oleh guru.






Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan


Perkembangan

 

Langkah 1

(10 minit)


Video berkebun.
-  Alat berkebun

















1.  Guru menayangkan video berkebun dan meminta murid memerhatikannya.


1. Murid memerhati tayangan video secara lenyap.


Strategi / Teknik:Tayangan video dan menyenaraikan.
Nilai murni memberi perhatian.


Strategi:Penerangan guru menggunakan slaid dan kad imbasan.

2.   Guru menyoal murid nama alat yang digunakan untuk berkebun berpandukan video yang dipaparkan

2. Murid menjawab soalan guru

3.  Guru menyatakan fokus pembelajaran adalah mengenai alatan berkebun dan meminta murid menyenaraikan nama alatan lain untuk berkebun.

3. Murid menyenaraikan alatan berkebun yang mereka ketahui.

4.  Guru menayangkan slaid alatan berkebun untuk menyemak jawapan murid yang telah disenaraikan.

4.  Murid menyemak jawapan.

5.  Gurumenerangkan nama alatan berkebun dan kegunaannya.

5.  Murid mendengar penerangan guru dan menjawab soalan-soalan guru.

6.  Guru meminta murid menamakan alatan berkebun yang dipaparkan oleh guru.

Debriefing:
Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi sementara yang masih keliru diberi penerangan oleh guru dalam kumpulan kecil.

6.   Murid mendengar soalan  dan menjawab soalan yang diaju oleh guru.

 

Langkah 2

(10 minit)

 

Membina ayat

 

1.  Guru menerangkan contoh ayat bagi setiap alatan berkebun dengan menayangkan slaid power point.

 

1.  Murid mendengar penerangan guru.

 

Strategi:

Penerangan dan perbincangan dalam kumpulan

2. Guru meminta murid membina ayat dalam kumpulan.

2.  Murid membentuk kumpulan dan menjalankan perbincangan.

3. Guru meminta murid membentangkan hasil perbincangan dalam kelas.

3. Membentangkan hasil perbincangan.






Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan





4. Guru membetulkan ayat murid/menyemak hasil pembentangan murid

 

4. Mendengarkan ulasan guru dan membuat pembetulan jika jawapan salah.

 


Penutup

(5 minit)


Rumusan, nyanyian dan latihan.

 

1. Guru menerangkan  alatan berkebun adalah untuk memudahkan kerja bercucuk tanam sambil menyoal murid mengenainya. Guru juga menerangkan alatan berkebun adalah tajam dan perlu berhati-hati jika menggunakannya.

 

1. Murid mendengar penerangan guru.




 

 

 


Strategi:

Penerangan dan ulasan mengenai nama dan kegunaan alat berkebun.Latihansebagai kerja rumah.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja rumah dan meminta murid menyiapkannya di rumah.

2. Murid mengambil lembaran kerja dan menyiapkan tugasan.

3. Guru memainkan lagu Pak Mamat bagi menutup sesi P&P.

3. Murid menyanyikan lagu Pak Mamat ada kebun.


Refleksi :


No comments:

Post a Comment